Assalamualaikumm Malaysiaa.
"La ni hari Selasa, esok hari Rabu, lusa hari Khamis. Hamboiii, ketaq lutut cheq naa."
"Lusaaaa result keluaq, mampuihhh naaa."
"Tak boleh tiduq, tak boleh makan, tak boleh mandi ceqqq mikir result nokk"
These are all the tweet yang aku baca dekat Twitter. Come on guysss, bila anda semua tulis macam ini anda semua turut heret lutut saya ketaq sama naaa. Pahe dok?
Here are some advices from me yang nak amil resultnfor those yang nak ambil result Khamis ni.
Dear pengambil result yang handsome dan cantik,
Awak dan saya sama sama dah ambik SPM. So, apa yang perlu ditakutkan lagi sayang. Nak takut pun Result kita dah dicetak pun sayang.
Sekarang ini, apa yang perlu kira buat hanya bertawakkal dan berdoa banyak banyak pada Allah agar kita diberi kekuatan dalaman untuk sentisa bersabar dan tabah menerima apa sahaja keputusan yang bakal kita perolehi. Berdoa agar keputusan kita itu mendekatkan kita dengan Allah agar sentisa bersyukur padanya.
Sayang, memang betul keputusan SPM itu menentukan masa hadapan kita. Tapi, kita perlu pegang juga prinsip, kerajinan, usaha, keyakinan diri serta Allah juga menentukan masa depan kita. Andai kita berjaya perolehi straight A plus dan berjaya sambung pelajaran dalam bidang kedoktoran, tetapi kita malas untuk buat assingment, mampu ke kita berjaya di masa hadapan?
Renungkanlah sayang, SPM bukan penghujungnya.
Malu, sedih, gembira, ketawa, keseorangan. Perasaan ini akan kita rasai sewaktu kita mengamil keputusan nanti. Bagi yang berjaya peroleh apa yang diharapkan pasti mereka ketawa riang ria. Bagi yang tidak dapat apa yang dihajati, pasti keseorangan, kesedihan, malu.
Here are some advices for those yang akan berjaya,
Sayang, disaat awak mendapat keputusan SPM yang cemerlang nanti, lihat dulu di sekeliling awak. Andai ada diantara mereka yang kuran memberangsangkan resultnya, tolonglah berfikiran logik, tak perlu melompat bagai seperti katak kena pijak. Fikir apa perasaan mereka.
Pergi kepada mereka, bagi sokongan moral, peluk bahu mereka. Andai mereka menangis, peluk lah mereka, memang sekarangawak bahagia kerana cemerlangnya awak. Tapi bagaimana anadai awak menjadi dia?
For those yang kesedihan nanti,
Sayang, ini lah adat dia. Kadangkala disaat kita ingin mengambil result baru kita akan rasa betapa menyesalnya kita bermain dahulu. Jika perasaan menyesal itu hadir, awak sudah berjaya sayang. Awak berjaya untuk sedar dan mungkin akan membuat perubhan panda diri awak tatkala awak menyambung pelajaran di universiti nanti.
Biarlah ada yang bergembira, kita pun turut gembira kerana kita diberi ujian agar kita sedar untuk masa hadapan. Barangkali masa depan kita mungkin lebih shine bright like a diamond dari mereka semua. Tak gitu?
Jadi, sebenarnya, Allah memberi kejayaan kepada semua orang. Jangan kecilkan pandangan kita kejayaan itu hanya tereltak pada berapa A kita dpat. Tapi kejayaan juga terletak pada kesedaran dalam diri kita.
So, banyakkan lah berdoa. Kurang kan rasa takut, tapi kuatkan rasa yakin pada Allah atas apa yang ditentukannya adalah yang terbaik buat kita. Kan?
Jangan risau, semua berjaya :)
Oh lupa, bagi mereka yang mempunyai ibu bapa yang sangat menekan anda untuk mendapat result yang terbaik. Bersabarlah sayang. Biasalah itu, ibu bapa mesti mahukan yang terbaik untuk anak mereka.
Andai awak dapat result cemerlang alhamdulillah, tetapi andai sebaliknya, jangan takut ibu bapa awak marah, tapi katakan pada mereka,
"Mak, ayah, saya tahu saya tidk dpt penuhi harapan mak ayah, tapi sekurang kurng nya saya berjaya untuk sedar, insyaAllah, saya akan berjaya juga"
Peluk lah mak ayah awak ye :)
Jadi, all the best buat kita batch 95.
P/s : tulis advice ni sebennarnya nak menyedapkan hati sendiri. Haha.
No comments:
Post a Comment