manusia di dalam :)

pembaharuan.

Bismillahirahmanirahim,

Assalamualaikum,

Satu tahun hampir ke dua tahun aku tinggal kan blog ni. Terasa agak kaku untuk jari aku bermain main di atas papan kekunci ni. Orang putih kata awkward. Hampir dua tahun aku hilangkan diri. Well, seronok okay hilangkan diri :)

Masyarakat mula bertanya

"Senyap je blog kau, kenapa dah berhenti?"
"Eh kenapa tak update blog?"
"Eh, boringlah blog you, tak de story baru ke?"

Terasa serabut pulak dengan mereka mereka ini, nak je aku menjawab

"Oh, malas dah nak berblog, al maklum anak dah 4 dekat rumah, so kena focus lebih dekat anak dengan suami lah kan :)"

Jadi, untuk memuaskan hati mereka mereka ini, aku mula lah bermanja manja kan diri dengan blog ni. Kalau awak semua perasan, blog saya dah kosong dengan cerita cerita lama. :)

Kenapa kosong?
Oh, sebab bila dibaca semula cerita cerita zaman budak sekolah dulu agak kelakar, dan menggelikan, dan aku mula geli dengan diri sendiri bila baca semula. Cukuplah semua itu. Zaman sekolah dah habis, kini zaman budak habis sekolah pula yang akan dimuatkan semuat muatnya dalam blog ni. Hee.

Salam.




No comments:

Post a Comment