manusia di dalam :)

page statistics

saya.

Bismillahirahmanirahim,

Assalamualaikum,

Tarik nafas, lepas.
Tarik nafas, lepas.
Tarik nafas, Allahu Akbar!

Saya :)
Tidak ramai yang mengenali diri aku sebenarnya. Walaupun dah kenal aku bertahun, tapi, aku tidak merasakan mereka mengenali aku secukupnya seperti mana Spongebob mengenali Patrick.

Bahkan,
Aku sendiri tidak mengenali diri aku sendiri.

Siapa aku?
Umur aku berapa?
Aku lahir pukul berapa?
Berapa berat aku masa kau lahir dulu?

Terlalu banyak. Terlalu banyak persoalan tentang diri aku :)
Jadii,
Aku nak buat biodata macam masa kecik kecik dulu :) hee

Jeng jeng jeng,

Ehem ehem,

Nama saya Nur Syafiqah Binti Salehuddin. Umur saya pada waktu ini yakni 1530 19 haribulan 12 tahun 2012 ialah 17 tahun 14 hari. Saya tinggal di Taman Tasik, Ampang, Malaysia. Graduan MRSM Kuala Berang, Hulu Terengganu. Berat saya kali terakhir saya pijak penimbang di Ampang Point ialah 53 kg, Tinggi saya pula kemungkinan besar dalam lingkungan 155-156. Wahhh, seimbang okay?

Saya ada 4 adik beradik, dan seorang abang ipar. Insha Allah, bakal menerima seorang lagi abang ipar pada bulan 6 tahun 2013. Lupaa, semua adik beradik saya berjantinakan perempuan. Nak datang meminang? Boleh, pinang saya :) Saya berstatuskan Aunty Ekaa. Well, saya dah ada anak buah yang bernama Nur Iris :)

Saya seorang gadis yang sangat lah pemaluuuu apabila bersua dengan orang yang tidak saya kenali. Tapii, lain pula ceritanya bila kita dah kenal, Sendawa kuat kuat pun boleh :) Saya juga adalah seorang gadis yang gelak dengan kuat, tapii saya sedang cuba untuk gelak tanpa memperlihatkan gigi saya sekarang ini. Saya juga adalah seorang gadis yang tak banyak bercakap. Mungkin.

Saya pelik. Saya sangat sukakan roti Gardenia yang kosong. Sebelum saya makan saya akan memenyekkannya dahulu dan kemudian gigit sedikit demi sedikit sehinggakan kawan saya geli dengan saya. What can I do? My habit :) Saya juga seorang yang suka memikirkan benda yang agak kelakar dan gelak seorang diri. Saya juga seorang yang tidak suka menunjukkan kesedihan saya dekat awam, tapi saya suka tunjuk bawah selimut apabila mahu tidur.

Saya sangat sukakan bubur dan segala jenis makanan yang tidak perlu dikunyah, Hanya telan dan hadam. Senang bukan? Saya juga gemar akan Teh O Ais Limau dan segala jenis teh, Kecuali teh susu. Maaf, out of my list. Saya suka akan orang tua, saya suka tatap muka orang tua, Mereka sangat comel okay, dan saya tidak boleh melihat sesuatu yang menyedihkan sebab saya mudah berair, tapi saya akan kelip mata saya banyak banyak kali supaya ianya tidak gugur.

Saya seorang yang suka mencuba sesuatu yang baharu. Saya juga seorang yang agak pelik apabila menyebut huruf R. Thats the reason why my friends loveeeee to make a laugh at me. Apa yang terbaru pada diri saya ialah,

Saya tidak suka akan percintaan yang berlandaskn nafsu, seperti mana saya dahulu :(
Saya tidak suka akan mereka yang menyerabutkan permandangan di Kuala Lumpur dengan berpakaian yang agak pelik.
Saya tidak suka akan pujian. It will help me to open my hell's door. 

Ini saya, jika mahu dibicarakan lagi tentang saya,tidak cukup rasanya jika satu blog sahaja. Salam perkenalan kawan :)



No comments:

Post a Comment