manusia di dalam :)

page statistics

He is th best planner.


Assalamualaikum,

Cukup lama rasanya tak menyentuh blog sendiri. Hanya menyentuh blog manusia lain sahaja. Ini bermakna aku sangat malas untuk menaip. Tapi idea sangat bertimbun okayy.

So, what I want to share with people out there is, Allah is the bestttt!

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Let me tell you why,
Sudah hampir 3 buln aku duduk rumah dikelilingi keluarga yang tercinta, but sometimes insane jugek lah kan. This 3 months, terlampau banyak perkara yang aku belajar. I means about life. Perkara yang tak pernah diajar oleh cikgu dalam kelas sambil pegang kapur.

For the first two weeks aku dekat rumah, aku hanya banyak melayan perasaan sebab aku tak terpilih untuk SPC (skim pelajar cemerlang). Almost all of my friend which is closed to me terpilih. So, kepala aku hanya bermain kan dengan perasaan..

"Hmm, pandainya mereka, aku sbb slack ada C satu je. Hmm"

And my face kinda like this for the first two weeks


Until one day I realised that actually, aku pun dah terpilih oleh Allah untuk jalani kehidupan di rumah sendiri and learning a lot of things that other people cant learn. 

Such as, terlampau banyak masa yang berkualiti aku luangkan dengan family, dapur sedikit dh berasap sekarang oleh akuu, lesen dah ada, boleh ronda ronda Kuala Lumpur, a lot of cakes i can baked now and etc.

And i proud of myself :)

Andai aku turut terpilih sama join the programme, i dont think i know how to cook a sambal goreng ibu :) so, as the conclusion, He is the best planner, no matter how He planed it, its. at last we will see the benefits. 

Every cloud has silver lining :)



Besar tanggungjawab itu sahabat



Munakahat sangat indah :)

Alhamdulillah buat pasangan muda yang baru sahaja diijab kabulkan harini. Awak berdua sangat muda :) Tapi tidak mengapa, syaitan menangis pada hari ini.

Aku?
Kalau ditanya mahu atau tiadk kahwin muda, aku akan menjawab
"Ya, Aku mahu membuat syaitan menangis"

Malangnya, belum tiba saat nya lagi Allah menyebut "kunfayakun" buat diriku untuk berkahwin pada usia yang masih muda dan mentah ini. Pasti ada hikmahnya.

Aku masih mentah,
Aku masih tidak mampu untuk menggalas satu tanggungjawab yang besar sebagai isteri.
Aku masih perlukan ibu dan ayah.
Aku masih perlu belajar memasak, kalau tidak apa akan ku suapkan dalam perut suami aku.

Memang ada hikmahnya.
Allah maha mengetahui sesuatu perkara :) Bijaknya Allah.

Walaubagaimanapun,
Aku tabik kepada mereka yang berkahwin pada usia muda. Awak sangat berani :) Semoga hubungan kekal berpanjangan. InsyaAllah :)



comelnya awak sayang





Aku malu.
Aku segan.
Dengan kanak kanak kecil berumur 2 3 tahun, yang masih tidak baligh. Allahu malunya aku!

Aku yang sudah dewasa kadang kala liat hendak menunaikan ibadah wajib Allah. Berbeza dengan mereka yang kecil ini, sangat bersungguh sungguh untuk melakukannya.

Seronok melihat mereka yang tapak tangan nya lebih kecil dari aku mendirikan tiang agama. Biarpun ia tidak sempurna, sekurang kurang nya mereka berusaha untuk menunaikannya berbanding kita yang sudah baligh lansung tidak menunjukkan usaha untuk sujud pada Allah.

Aku sangat tertarik dengan budak kecil yang aku jumpa di Jusco AU2.
Awak sangat comel sayang :)

Terima kasih sayang bentangkan kakak sejadah, semoga Allah berkati adik dan menjadi anak yang solehah sayang :')

Di saat aku ada anak,
Akan aku didik anak aku menjadi anak yang soleh dan solehah, bukan seperti aku.
Akan aku didik anak aku menjadi muslim dan muslimat yang taat pada Allah, bukan seperti aku
Akan aku didik anak aku menjadi wanita dan lelaki yang beriman, bukan seperti aku.
InsyaAllah :)

Ketemukan lah aku lagi dengan anak anak kecil seperti ini Ya Allah, akan aku cium mereka :)



awak dan saya.

Bismillahirahmanirahim,

Assalamualaikum,

Act "awak" dalam entry kali ni bukan nya seorang, Tapi 29 orang. Actually this is refer to my classmate.

5 Amanah 11/12 of MRSM Kuala Berang. Oh, I really miss them :)


Seriously, sumpah rindu. Walaupun aku baru kenal mereka mereka ini 2 tahun tak macam aku kenal Cekalians yang 3 tahun. Tapi, Amanah lagi terkesan di hati. Kenapa?

Ini keranaa, 
Mereka mereka ini sangat baikkk, Mereka mereka ini mengajar saya erti hidup yang sebenar. erti hidup di dunia dan hidup di akhirat. Di situ bernilainya Amanah.

Aku tidak pernah mendapat didikan yang sebegitu rupa dahulu. Since I stepped into Amanah, I knew that I will learn something from every single person in that class. 

Istimewanya kita Amanah,
Kita semua bukan orang Terengganu, Syidah je lah kan. Kebanyakan dari kita semua outsider. Aku tak pernah sekali terfikir akan mempunyai kawan dari seluruh ceruk negeri di Malaysia ni. Tapi aku dapat kawan dengan korg yang datang dari pelabagai latar belakang yang berbeza.

Pertama kali aku masuk Amanah, Aku rasa sangatt kecil, kecil lagi dari Imitiaz dan Ada. Haha. *gurau
Aku terasa rendah sangat, sebab mereka mereka ini nampak sangat sangat baik dan alim. Penuh ilmu di dada, Bijak bijak belaka. Aku, jauh beza :)

Bab agama agama serah saja pada lelaki. Bab politik politik serah saja pada lelaki. Bab nasihat menasihati serah saja pada lelaki. Tapi bab ngumpat mengumpat serah saja pada kami kaum Hawa. Haha.

Amanah sangat istimewa,
Semua cikgu pandang tinggi. Alhamdulillah dengan nikmat Allah :) 
Dapat guru kelas yang sangat perihatin. Alhamdulillah dengan nikmat Allah :)
Sangat satu hati kalau ada event. Alhamdulillah :)
Ada Presiden yang sangat sweet. Alhamdulillah :)

Setiap kali masalah menimpa kita, pasti akan ada meeting tutup tingkap tutup pintu. Itulah istimewanya kita, Masalah akan diselesaikan sama sama. Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing. Cewahh. Haha

Hmm,
Sekarang ni semua tu dah habis. Semua tu waktu zaman sekolah, Sekarang kita dah habis sekolah. Bila mahu jumpa lagi?

Untuk SPM pula,
Aku sangat yakin dan pasti kelas kita semua dah berusaha bersungguh sunggu. Kalau tidak, tak de maknanya kelas kita menyala lampu sampai pukul 2 3 pagi. Sekarang tawakal sahajalah. Insya Allah, 29 orang kelas Amanah akan dapat 11 A+. Aminn.

Buat mereka yang sudah dapat tempat di Universiti, 
Tahniah, doakan juga kami yang masih belum tentu hala tujunya di mana ini. Mereka yang akan buat Foundation to oversea nanti, jangan lupa belikan aku ole ole dari sana, Birthday aku yang akan datang tak nak nyanyi nyanyi dah, nak ole ole. Haha

Salam :)




saya.

Bismillahirahmanirahim,

Assalamualaikum,

Tarik nafas, lepas.
Tarik nafas, lepas.
Tarik nafas, Allahu Akbar!

Saya :)
Tidak ramai yang mengenali diri aku sebenarnya. Walaupun dah kenal aku bertahun, tapi, aku tidak merasakan mereka mengenali aku secukupnya seperti mana Spongebob mengenali Patrick.

Bahkan,
Aku sendiri tidak mengenali diri aku sendiri.

Siapa aku?
Umur aku berapa?
Aku lahir pukul berapa?
Berapa berat aku masa kau lahir dulu?

Terlalu banyak. Terlalu banyak persoalan tentang diri aku :)
Jadii,
Aku nak buat biodata macam masa kecik kecik dulu :) hee

Jeng jeng jeng,

Ehem ehem,

Nama saya Nur Syafiqah Binti Salehuddin. Umur saya pada waktu ini yakni 1530 19 haribulan 12 tahun 2012 ialah 17 tahun 14 hari. Saya tinggal di Taman Tasik, Ampang, Malaysia. Graduan MRSM Kuala Berang, Hulu Terengganu. Berat saya kali terakhir saya pijak penimbang di Ampang Point ialah 53 kg, Tinggi saya pula kemungkinan besar dalam lingkungan 155-156. Wahhh, seimbang okay?

Saya ada 4 adik beradik, dan seorang abang ipar. Insha Allah, bakal menerima seorang lagi abang ipar pada bulan 6 tahun 2013. Lupaa, semua adik beradik saya berjantinakan perempuan. Nak datang meminang? Boleh, pinang saya :) Saya berstatuskan Aunty Ekaa. Well, saya dah ada anak buah yang bernama Nur Iris :)

Saya seorang gadis yang sangat lah pemaluuuu apabila bersua dengan orang yang tidak saya kenali. Tapii, lain pula ceritanya bila kita dah kenal, Sendawa kuat kuat pun boleh :) Saya juga adalah seorang gadis yang gelak dengan kuat, tapii saya sedang cuba untuk gelak tanpa memperlihatkan gigi saya sekarang ini. Saya juga adalah seorang gadis yang tak banyak bercakap. Mungkin.

Saya pelik. Saya sangat sukakan roti Gardenia yang kosong. Sebelum saya makan saya akan memenyekkannya dahulu dan kemudian gigit sedikit demi sedikit sehinggakan kawan saya geli dengan saya. What can I do? My habit :) Saya juga seorang yang suka memikirkan benda yang agak kelakar dan gelak seorang diri. Saya juga seorang yang tidak suka menunjukkan kesedihan saya dekat awam, tapi saya suka tunjuk bawah selimut apabila mahu tidur.

Saya sangat sukakan bubur dan segala jenis makanan yang tidak perlu dikunyah, Hanya telan dan hadam. Senang bukan? Saya juga gemar akan Teh O Ais Limau dan segala jenis teh, Kecuali teh susu. Maaf, out of my list. Saya suka akan orang tua, saya suka tatap muka orang tua, Mereka sangat comel okay, dan saya tidak boleh melihat sesuatu yang menyedihkan sebab saya mudah berair, tapi saya akan kelip mata saya banyak banyak kali supaya ianya tidak gugur.

Saya seorang yang suka mencuba sesuatu yang baharu. Saya juga seorang yang agak pelik apabila menyebut huruf R. Thats the reason why my friends loveeeee to make a laugh at me. Apa yang terbaru pada diri saya ialah,

Saya tidak suka akan percintaan yang berlandaskn nafsu, seperti mana saya dahulu :(
Saya tidak suka akan mereka yang menyerabutkan permandangan di Kuala Lumpur dengan berpakaian yang agak pelik.
Saya tidak suka akan pujian. It will help me to open my hell's door. 

Ini saya, jika mahu dibicarakan lagi tentang saya,tidak cukup rasanya jika satu blog sahaja. Salam perkenalan kawan :)